Assalammualaikum
Hye you olls! howwa you? okay so entry kali ni nak menceritakan tentang apa? tentang terawih.Nak cerita pasal apa? ha ni lah nk habaq ni
Macam mana korang2 punya terawih so far? cukup tak? buat 11 rakaat or 23 rakaat? haha Takpe, lakukan lah selagi kita mampu ye. Solat terawih bukan perkara wajib,cuma ia sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut.Maka,selagi kita sihat walafiat, dirikanlah solat terawih di bulan ramadhan ni. (Solat 5 waktu jangan lupa juga)
Tapi ni ada nasihat lah,khusus kepada ibu-ibu yang ada anak kecil tu,kalau boleh lah kan,KALAU BOLEH lah kann,dirikan lah solat terawih di rumah.Kerana apa? ya! kerana anak2 makcik ni memang akan menganggu focus para-para jemaah untuk khusyuk dalam solat mereka. TAPI,kalau anak2 makcik jenis yang duduk diam, tak mengapa lah ya. Saya tak berhak untuk menyuruh atau paksa makcik2 yg ada anak kecil ni jangan solat di masjid di masjid/surau,sama sekali tidak, siapa lah saya ni? Cuma ini adalah luahan daripada hati saya.ikhlas dan jujur saya perkatakan, dengan kebisingan budak2 ni, memang hilang focus! seriously -,- tak pasal2 boleh batal solat kita sebab tak focus pada bacaan imam.
Contoh yang boleh diberikan:
Masa first malam solat terawih, saya dengan kawan saya diganggu oleh seorang budak kecil yang sangat comel, seriously,mmg budak tu comel tapi nakal! -,- nak tahu apa dia buat? dia boleh bantai main jalan2 atas tikar sejadah ktorg semua,and then time mak dia ke kakak dia ke siapa ntah tengah sujud,dia boleh bantai duduk kat atas belakang org tu,pastuh bila diorg duduk diantara dua sujud,dia boleh ckp kuat2 kat mak dia ckp "alaa asal bangun".Memang seriously hilang focus -,-
Contoh kedua pulak, tadi pergi solat terawih,sebelah saya ni budak kecil,and sebelah budak kecil tu seorang ibu yang membawa anaknya.Okay finelah,fikir anak dia duduk diam je kat tepi tu,last2 tgh solat tu,budak tu dok ketuk2 tangan mak dia panggil "mak mak mak mak mak mak".dia mcm nak ckp dgn mak dia lah tp mak dia buat bodoh jelah sbb yelah,tgh solat kan? and then dia boleh pulak kacau budak sebelah,ckp "akak akak" pastuh lama sikit boleh main nyanyi2 pulak budak tu. tak khusyuk okay,i tried but..hmm ntah hahahaha
So, kalau boleh,suruh lah anak2 tu main kat bahagian luar sekejap atau pun ajar sekali diorg solat daripada diorg dok kacau sana sini jemaah yg lain kann. Memang lah bukan salah diorg sbb diorg kecil lagi, tak boleh berfikir tapi bukankah lebih elok jika dari kecil itu kita mengajar mereka cara solat,ataupun suruh diorg main dekat luar dgn budak2 lain sekejap.jangan nak dok kacau kami yang tgh nak solat.Kalau ckp slow takpe,ni tak -,-
Ini ada satu info yang saya dapat di darulnuman.com
"Dibolehkan setiap individu mengerjakan solat tarawih di rumah dan tidak dikerjakan secara berjemaah kerana solat tarawih itu hukumnya sunat. Berjemaah yang kita lakukan itu kerana ingin mencari kelebihan pahala dalam berjemaah. Namun bagi seorang wanita solat di rumahnya lebih utama daripada solat berjamaah di masjid, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: "Solat seorang perempuan di rumahnya lebih utama daripada ia solat di masjid".
Namun jika ingin menghadiri solat berjemaah di masjid boleh saja, asal saja tidak membawa kesukaran seperti berjumpa dengan ramai kaum lelaki di jalan atau orang jahat yang akan mengganggu dan sebagainya. Cukuplah seorang wanita itu ia solat berjemaah di rumah bersama-sama dengan perempuan lain serta dengan anak-anaknya. Yang bertindak sebagai imam berdiri di tengah-tengah saf, dan janganlah membaca dan bertakbir dengan suara yang keras atau lantang, cukup dengan perlahan dan seperlunya saja"
So tujelah nak bagitahukann,so pandai2 lah =)
P/S skrg ni pon tgk saf dh makin kurang.mula2 je penuh, makin lama makin kurang.standard lah tu.
Assalammualaikum