Sabar..

"Be patient and understanding. Life is too short to be vengeful or malicious."


Sabar,kenapa saya ingin menulis tentang sabar? hmm? Okay here we go..


Assalamualaikum,
Saya tahu,semua orang mempunyai tahap kesabarannya.Bagi mereka yang boleh menahan sabar,ia bagus untuk diri anda, dan bagi mereka yang memang tidak tahan sabar, anda haruslah mencuba untuk bersabar.Entry kali ini juga lebih khusus kepada diri saya sendiri. Saya juga bukan seorang insan yang penyabar,kadang-kadang, small things,saya boleh jadi panas.Mungkin kerana faktor keturunan saya yang mempunyai sikap kurang sabar? Ohh saya harap tidak! minta-minta dijauhkan lah.Takpe,saya akan cuba.



Tahukah anda bahawa Allah paling suka orang yang bersabar dan Allah akan selalu bersama orang-orang yang bersabar ini. Tidakkah ia perkara yang paling diingini? Disukai dan didekati oleh Allah S.w.t.MasyaAllah,ia betul-betul mulia disisi Allah dan agama.Maka,bersabar lah kita dalam menghadapi musibah,bencana,pergaduhan ataupun ujian Allah.

"Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. "

Di bulan yang mulia ini, pertingkatkan solat,dan berbanyaklah bersabar.Saya juga akan mengingatkan diri saya bahawa memperbanyakkan sabar.InsyaAllah.Saya akan cuba selagi saya mampu.Mungkin sesetengah anda akan mengatakan "Mana boleh!,nnty orang akan pijak2 kepala kita kalau kita selalu sgt sabar". Okay,jawapan saya pada itu, saya percaya bahawa setiap perbuatan itu akan mendapat balasannya kembali.Maka, bersabar lah sahaja, kerana Allah akan sentiasa bersama dan melindungi umat-umatnya.


Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat unggun api.