Makhluk Allah

Semalam ku lihat dia.Dibibirnya ada kalimah.Yang bergetar saban waktu.Sambil tangan menggenggam lilin.Lilin yang tiada terpadam.Menerangi hidupku kini..

Apa yang korang semua fikir apabila baca rangkap di atas ini? Siapakah yang memegang lilin,dan siapakah yang diterangi oleh lilin tersebut?

Assalammualaikum..

Entry kali ini,benar-benar ikhlas keluar dari hati dan jiwa saya.Khas buat cikgu BM saya =')

Tahukah korang bahawa restu guru-guru itu penting? tahukah korang penat lelah guru-guru mengajar kita,naik turun tangga pergi ke kelas kita,menjerit dekat kita yang bising dekat dalam kelas ni? Lagi-lagi bulan puasa ni, kesabaran guru itu ada limitnya wahai kawan-kawan sekalian.

Pernah tak korang rasa macam mana cikgu rasa bila dia mengajar, sepatah pun korang tak layan? Setiap kali dia berdiri depan kelas, menerangkan satu persatu,korang langsung buat taktahu? Korang biarkan guru-guru bercakap seorang diri dekat depan kelas.Korang tak fikir ke perasaan guru-guru ketika itu? Tidak fikir kan korang impian mereka untuk memajukan diri korang,hilang begitu sahaja.Korang tak fikir ke penat guru-guru ini naik turun tangga, bawa buku,bawa beg, masuk ke kelas-kelas, hadap budak2 yang bising macam korang2? Bukan satu kelas sahaja guru-guru ini pergi, banyak lagi kelas-kelas lain yang mereka pergi.

Harini,disebabkan oleh orang2 yang memang tak rasa langsung bersalah,guru saya,dengan serta merta melangkah keluar dari kelas membiarkan kami terkontang kanting.Hari ini baru lah saya tahu, kesabarannya sudah capai tahap yang maksimum.Tapi guru saya tidak menjerit tidak marah.Kerana saya tahu dia tidak mempunyai kudrat untuk berbuat demikian.Cukup lah hanya sekadar melangkah keluar dari kelas.

Cikgu,kami nak minta maaf banyak-banyak jika kami ada membuat salah silap.Kami betul-betul memohon restu cikgu untuk kami jawab exam esok, paper 1.Dan juga restu untuk kami menduduki SPM.Saya mewakili  kawan2 saya yang lain DAN juga manusia-manusia yang takde otak dalam kelas kami,ingin memohon maaf sekiranya kami betul2 telah mengguris hati dan perasaan cikgu.Kami minta maaf cikgu.

Sekian,assalammualaikum.