WOHOOO



Assalammualaikum semua, how are you? Okay entry ni nak mencerita kan pasal menonton bola Malaysia vs Taiwan! which is malaysia menang 2-1!! wohooo!haha okay so nak cerita la..nak layan ,layan,taknk layan,takyah layan .ngeeee =D




So benda ni di planned oleh Nana,*yg duduk di bahagian sebelah pemandu ni.haha dia lah yg msg aku ckp ''nk gi tngok bola?Malaysia Vs Taiwan rabu ni" then i was like, HELL YEAH!aku nak lah kan!ahaha and bla3.So at first fikir nak pergi sana naik kereta member nana ni tapi di sebabkan oleh last minute punya planned iaitu milly yg tetiba nak ikut.Sebab kalau dia tak ikut,kereta memang muat2 lah kan.So terpaksa aku memandu ke bukit jalil.And yang paling bengang,kitaorg dh boleh sesat sampai ke dataran merdeka -,- sebabnya? malas nak cerita! hahahaha






Sampai sana memang boleh tahan gila ramai dia, haha so yeah dapat lah jugak tempat duduk kat bahagian bawah.kira memang dekat lah dgn padang! WOHOO! BEST SGT!! dpt jerit goal sebanyak 2 kali! hahahaha memang best! panjat kerusi kemain -,- mcm beruk! haha milly lah ajar! hahahah bengong!papepon mmg best.So lepas tu ktorg pon balik lah apelagi,cuma sebelum balik ktorg singgah kedai my cousin yg jual air2 dekat depan pintu pagar kuning.So lepakjelah,tunggu jalan reda baru gerak balik.Skrg dh pukul 1.12am.nk tidur ni,esok nk sekolah KOT! k lah,bye!

Yeay!!

YEAY!dah ade lesen.haha penat lelah aku selama ni berbaloi jugak =) dapat jugak lesen 'P' ni.haha. dah tkde dah ponteng2 sekolah lepas ni semata2 nak belajar bawak kereta.Akhirnya dapat jugak.DAMN! so mama,lepas ni kasi anis je bawak kereta,nk kasi lebih biasa on the road =) and EEJAY,wait for me okay? AKU DATANG NANTI! haha k lah,nk g sekolah.byeee

Congrats Sepah

Congrats Sepah! You guys are the best =) Persembahan mmg best sgt2 akhir ni.haha dapat jugak jumpa Dafi ya shuib! hahaha okaylah,malas nk ckp banyak. Enjoy the videos..



I PASSED!


Alhamdulillah, I passed my license =) I got 19/20 on the road and I failed at hill. Itsokey, after that buat ulangan, terus lulus =) Amin.Syukur Alhamdulillah. Penat lah kalau nak buat banyak kali.Btw,to all yg akan dtg nak amik lesen, buat lah yg the best,and Ingat,masuk gear, kasi kuat! Lantak lah nak hancur bunyi ke apa gear tu janji anda masuk gear cause mcm itu juga lah yg aku kena -,- kat bukit fikir dh masuk gear 1 last2 tk jalan pon,berundur kebelakang.haha tp kali kedua ni,memang kuat habis masuk gear.lantak lah.sape nak marah?hahahhahahaa okay thats all.bye

CUPCAKES!

HYE YOU ALLS!!

Assalammualaikum, Today sebenarnya kitaorang ade buat cupcakes! hooraayy! Balik sekolah je terus buat.Ni first time mencuba so setakat ni my dad pon kata kitaorg boleh buat yg the best lagi kalau kitorg akan selalu buat benda ni ulang2 and try to change and try to learn a new thing to make cupcakes lah. So this is our first time trying,so nak kesah apa? haha We were making cupcakes oreo at my house. SO YUMMY! *bagi aku jelah.haha So korang2,kalau takde buat apa2 kat rumah tu,ikut lah macam kami, tidak membuang masa dari tidur atau online je lepas balik sekolah,better panggil your friends OR buat sendiri je benda2 yg mcm ni kan. At least kita akan dapat something new.Right? right lah! hahha okay,enjoy the pictures!












Its FIFY LOVE MESSI 

New Novel!

Ini bukan di ambil dari google ya,gambar yang direct di ambil and terus di upload haha


Assalammualaikum,
Okay,baru je beli novel keluaran Siti Rosmizah!Buat masa ni, ini adalah novel yang ke dua karya oleh SR yang saya telah baca,iaitu yg lagi satu adalah Cinta Kau dan Aku. haha Its getting lame actually.You know,since I started to read BACK novels,im getting BACK addicting to all novels. haha.Ini adalah karya Siti Rosmizah yang ke tiga kalau tak silap, and yang keempat ialah 7 hari Mencintaimu. And novel Andai itu takdirnya pun belum baca lagi.Nak katam kan lah karya-karya Siti Rosmizah ni.haha Semua keluaran dia nak baca! Cause semua BEST! and BEST SELLER!

So yah, nak sambung baca ni.Byee

Happy Father's Day


HAPPY FATHER'S DAY

Assalammualaikum, Abah! Happy Father's Day okay =) Thanks for everything. Terima kasih kerana merotan,menyebat,berceramah panjang lebar dekat anis and intan selama 17 tahun anis tinggal dengan abah.You has taught me a lot of things until i be a real human now.Thanks abah.Terima kasih kerana selalu memberi anis duit when I need it =p And abah telah menjadi seorang bapa yang berguna dan bertanggungjawab dan juga penyayang. Thanks! 

And Happy Father's Day to all FATHERS in the world! Semua father di dunia ni memang best! I know, and siapa tak sayang bapa dia? =) *ada kot and bapak mana tak sayang anak? *ape ni? hahahahahha Takde Happy Daughter's&Son's Day ke? AHHAHAHHA

OKAY MEREPEK! BYE

Btw Enjoy this video,Special for you Abah!

Tired+Fun!


Hello everyone! Okay harini AGAK penat jugak lah kan. Sebab apa? ha ni lah nak bagitahu ni. sat sat minum dulu.haha

Okay,sbnrya semalam,sbb skrg dh pukul 12am lebih.haha So semalam pagi2 lagi dah bangun,menjalankan kewajipan sebagai umat Islam, dan kemudian, terus kemas rumah yg mcm apa dah -,- Tepat pukul 9 mandi siap2 sebab ade driving test di Imkeda. So sampai sana around 10 am, terus try lah memandu, agak penat!! and wish me luck for tomorrow!!!!! NAK HADAP JPJ NI BAPAK CUAK! -,- lek lek.haha So dengan segala kepenatan yang ku gendong,tepat pukul 12am balik rumah.Terus menggelabah nak siap2 sbb janji with my cousins nk jumpa di The Garden around 1pm sebab nak karaoke!haha TAPI tup2, pukul 1pm tepat kitaorang baru nak gerak. Well,kitaorang memang tepati masa. HAHA


So sampai sana dalam pukul 2. Karaoke sampai pukul 6.Macam2 lagu bawak! memang puas habis! makanan pon sedap! the bomb punya makanan.hahahahah Kitaorg karaoke di Red Box,tingkat berapa tak ingat di The Garden lah.haha So habis nyanyi, tepat pukul 6 bergegas balik rumah, sbb nak cepat sampai rumah,ada tuition pulak malam! Pergh memang best!

So sampai2 rumah nak tidur pon mcm takde masa je. haha so siap2 terus gi tuiton sampai pukul 10.15pm. And now im in bedroom is getting ready to sleep.So Good Night everybody! dah penat ni.hahahahahahah k bye



ARSENAL!!

Guess what? I got the tickets! oh yeah. Mula2 fikir tak dapat,last2 dapat jugak.Cause my cousin yg kerja di Mid Valley kata tickets sold out la apelah, so i was feeling like TAK PUAS HATI so, i told my mom nak pergi jugak Mid valley esoknya.Then esoknya, we go there and TADAA! I GOT THE TICKET! haha kalau nak ticket,segera lah beli dekat kedai CD,satu level dgn pawagam depan NIKE, iaitu Rock Corner. Sebenarnya dekat Nike pon ade jual,tapi tadi gi tanya diorg kata tak dapat stock ticket lain apa kebenda ntah. haha.So yeah! 



So at first bila my cousin said ticket sold out, I tweeted adilah about that, and yeah, she do asked me to do Solat Hajat -,- Tapi tak buat lah, just berdoa lepas sembahyang agar permudahkan cara untuk mendapatkan ticket,cause I said to my mom,if takde dekat Mid Valley, we can find it at Sunway,Klcc,Pavi,One Utama.SO DAMN TIRING! Tapi Allah telah permudahkan aku untuk mendapatkan ticket, pergi je Mid, terus ada! =D Alhamdulillah.


Dapat je tickets,terus tweet adilah! hahahaha SO WE CANT WAIT!! 

PERHATIAN: Ticket Liverpool hanya tinggal RM58 sahaja!! DAPATKAN SEGERA JIKA ANDA PEMINAT LIVERPOOL!

Dan Ticket untuk Chelsea,masih banyak lagi! hahaha Dapatkan segera!

Dan Ticket Arsenal hanya tinggal RM108 ke bawah. Itupun tadi masa beli ramai beratur nak beli RM108,so taktahu ada lagi ke tak! DAPATKAN SEGERA! haha

Hangout


So yesterday,friends and I went to the most popular place among the TEENAGERS,i mean that kind of %^&# kids,what else?its PAVI! You know, we dont have any other place to go, yelah masing2 semua mana ada lesen kereta lagi nak kesana ke mari kan *im gonna take JPJ test next week!* you know,pavi is awesome but when there were a teenagers all around there,so pavi is kinda look like tempat2 diorg melepak, so whoever yg suka duduk depan entrance tayang muka, you can be one of 'em.Okay,back to MY hangout story.haha


So yeah, it was fun lah sebab dah lama tak melepak dengan my friends especially Nadya and Nana.Sangat jarang okay untuk melepak bersama mereka.So this school holiday we filled up with going out together and having a lots of fun,are we? Tapi cuma rasa bosan, it just like takde tempat lain, you know, kalau kata nak klua, WE'VE GOT NO CHOICE! it must be pavi! I DONT KNOW WHY! -,- Jusco is better! hahahhahaha cause of what? CAUSE there is no teenagers melepak depan entrance and showing your tut and tat and tit and tot and bla3.Im sick of this. SO layan je lah gambar nye haaaaaa haha








And yeah, dapat jumpa my akak angkat! I miss her so much! Jumpa dia di KLCC, and yeah dapat jugak makan spaghetti bolognes,yummy!! =D My favourite food for all the time.wakaka.Then lepas jumpa sys nedy, fikir nak lepak lah sampai kul 12 malam or nak overnight ke kan,tapi memandang kan hari hujan,ktorg tak boleh nak gerak ke mana-mana. nak lepak taman tak boleh, nak pergi ke NZ pon tak boleh -,- so TERPAKSA lah balik. haih. kul 10 sampai rumah *itu agak awal bagi saya =) . hahaha So yeah,tak sabar nak dapat lesen ni, mintak-mintak lah lulus, amin amin =) 


BESTFRIENDS FOR ALL THE TIME! LOVE YOU GUYS <3

YIPPY!

Uncle: Orang yang ajar aku memandu
Pakcik: Orang yang memekak

Yeay! Skrg ni dah lulus dh ujian.haha tp tak amik JPJ lagi.lek2 dulu.Tapi bahagian driving,bukit,selekoh yang tajam2 tu,side parking and tiga penjuru dah POWER!! haha hari tu ade ckp kat uncle yang train bawak kereta, nak cepat dapat lesen sebab nak bawak kereta tengok Arsenal Vs Malaysia bulan july nnty. Pastuh tadi bawak kereta nak terlanggar tiang parking tu pastuh dia boleh plak kata ''Takde lah kau Arsenal mcm ni, naik lah kau LRT sesak-sesak tu nanti!" Apa kehey nye uncle cakap cam gitu -,- TAPI terus bersemangat aku nak buat betul2 lepas tu. Dah lah stering tu berat nak mampos, kene pusing sana pusing sini -,- gila lenguh!

Lepas tu uncle tu bawak ke bahagian track test JPJ yang betul,ha amik! banyak pulak org nak test kat track tu. Kena lah ikut turn. So aku pun buat lah bahagian bukit kejap sementara part side parking ramai yang test.So aku pun dok ulang lah bukit banyak kali.Then uncle suruh tunggu ikut turn nak buat side parking.Aku pun tunggu lah dekat bahagian 1,tunggu satu kereta tu nk buat parking.Gila slow dia buat -,- sementara tunggu dia,aku matikan lah enjen.sbb minyak dh E gila.Kedekut betul, pergi la isi minyak lain kali -,- . Then aku taktahu ape masalah, aku boleh termenung,adalh dlm 5 minit. terkejut aku bila ade sorang pakcik tegur ''oi jalan la oi.Kau nk tunggu tutup tempat ni baru jalan?" Okay itu sudah cukup buat aku sakit hati dan jadi menggelabah sehingga kan aku terus masuk gear 1 tanpa start enjin! -,- boleh pulak tu siap turunkan handbreak and nak tekan minyak. HAHA sekali kene sound balik ''WOI enjin kau tak start lagi nak jalan!" . Okay sungguh memalukan.Ade student lain yang dgr semua tergelak tgk aku -,- MALUNYA!! pastuh lepas start enjin, aku boleh pulak TER-bukak wiper! pastuh tangan kanan TER-bagi signal kiri.HABIS! Makin ramai gelakkan aku -,- APA NI FIFY APA NI!! Pastuh aku dh confuse mana satu signal mana satu wiper.Bila dh menggelabah,itu lah jadinya. Nasib baik uncle yg train aku tu dtg and matikan dua2 skali. Then aku tarik nafas slow2,aku pun buat lah side parking dengan lancar dan berkesan. ehem2! dalam hati cakap "Mana pakcik tadi yang memekak kuat sgt tu? NI TENGOK NI AKU BOLEH BUAT SIDE PARKING NI!" haha.BANGGA NI!


Then uncle tu suruh buat tiga penjuru.dia suruh aku pergi ikut giliran. Then aku dgn lagak gaya nye,yelah dh power buat side parking kan, terus bawak kereta kancil kecil itu.SEKALI, masa aku baru otw nk sampai ke bahagian buat tiga penjuru, tiba2,kene jerit lagi dgn pakcik tu "OI,kau amik bahagian orang WOI! bahagian kau dekat sana tu ha!!" pakcik,nasib baik lah saya takde penyakit jantung, masuk harini dh tiga kali saya kene sound -,- bapak best ! ish. Mana lah aku tahu, aku fikir ade satu je tempat untuk tunggu buat 'tiga penjuru' -,- Track ni ade bahagian dia. Ade 3 tempat untuk buat side parking,and lepas tu dia bagi bahagian masing2 untuk tunggu buat 'tiga penjuru'.Means lepas buat side parking,terus jelah kedepan untuk tunggu.Aku tak nampak pulak yang ade petak menunggu kat depan,yg aku nmpk hujung belah kanan je.so aku pergi lah sana -,- *sape yg dah amik lesen faham ape aku ckp ni haha" . WOISH! time tu makin ramai dh gelakkan aku -,- sabar jela. Then aku pun terus jelah amik bahagian org tu,malas nak reverse! haha Nasib baik aku power buat tiga penjuru ni.So semua bahagian aku dh terror.YEAY! haha *jangan suka fify skali bila JPJ duduk sebelah kau, ha baru kau tahu takut tak takut! haha


So uncle tu kata ''very good''. Tapi aku ni cepat blurr and menggelabah.Cuba rilex fify!! ahaha then uncle tu ckp ''ha dah boleh dh tengok arsenal mcm ni'' hahahaha suka suka suka! Tak sabar nak tgk Arsenal vs Malaysia and Liverpool vs Malaysia! nk tgk 2 skali! tapi kalau boleh nak tgk 3 matches, but tgk la dulu kalau mama kasi duit lebih =p hahaha. K tujela, penat nak type! byeee ADIOS

so nak belajar bawak kereta? bukak lah video ni => http://www.oguiadacidade.com.br/guiavideo/Imkeda/

Every woman's feelings..


Tahukah anda wahai kaum adam?

Tahukah korang wahai kaum adam,kalau perempuan marah, cemburu,iri hati,sayang,ambil berat ada sebab?

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,tidak semestinya lelaki itu punya segalanya, tetapi lelaki itu lah segalanya buat diri dia.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak menerima anda seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna dia tidak sayangkan anda,tetapi dia terlalu sayang anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan khianati kepercayaannya.Naluri keibuannya sangat kuat.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan merajuk,bukan bermakna dia mengada-ngada.Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadian sedozen,tetapi cukup dengan perhatian yg boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan jarang mengatakan 'i love you',itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda,tetapi dia mahu anda merasakan sendiri cintanya bukan dari kata-kata malah dari melalui tubuh bahasanya.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan berkata rindu kepada anda, bermakna ia benar-benar maksudkannya,dan apabila berjauhan,bayangan anda akan bermain di mata.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan berkata lelaki lain lebih baik dari anda,jangan percaya kata-katanya kerana perempuan hanya ingin menguji anda.Perempuan akan melihat sejauh mana anda sanggup untuk jadi yang terbaik dimatanya.Walaupun sebenarnya andalah yang terbaik di hatinya.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia hanya ingin melihat sejauh mana kesabaran anda terhadap kerenahnya.Percayalah,hati perempuan sangat lembut.Andai kena caranya,jangan terkejut perempuan mampu menukar fikirannya dalam sesaat.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!!".Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sahaja.Apabila dia kembali tenang,percayalah,dia akan mencari anda semua.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal emosi.Tetapi dia sahaja lah yang menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu:
Sememangnya Allah mencipta lelaki dan perempuan itu dengan perbezaannya yang tersendiri.Sekiranya mereka sering memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Perempuan dicipta oleh Allah dengan indah sekali.Di sebalik air matanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan boleh membuat lelaki lemah kerananya.Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan didalam hidupnya.Dia lah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda. 

*Taken from

I love this entry!

Gambit gambit

Di ambil dari page OhArtis.com

Okay so pada sesiapa yang masih blur2 lagi,kes gambit timbul apabila dia buat video clip and terdapat mcm aksi lucah dalam video tu.So semua viewers mcm tk puas hati, and tertanya2 kenapa gambit buat video mcm tu kan, at least cover-cover lah sikit kan.So for those yg tk tgk video tu, you can watch down here..


So yg bloggers/viewers semua start lah tulis pasal gambit kat blog diorg and bagi nasihat kat kat fan page gambit, TETAPI, gambit tak menerimanya dgn baik.Malah,dia memaki hamun lagi semua bloggers yg membuatkan semua bloggers marah and maki balik.Alasannya sebab video ni akan dibawa ke pasaran luar negara, ke America.Dekat sana ade ke peraturan kene buat video clip lucah-lucah mcm ni?? And fyi, sblom si prema ni nak luaskan lagunya ke America,yuna si pemakai tudung tu dh famous dah kat sana.Ade ke korg tgk dia terpaksa bukak tudung untuk dapat pasaran? takkan? so alasan kau tak logik Gambit,pandai-pandai lah fikir.Tapi skrg ni cmne? korg maki dia, dia maki korg, korg maki balik.Bila nak habis ni? haha

So to Gambit, you should take it as a lesson lah.Sebab sbnrnya, ktorg ni lah yg buat kau kaya.Kalau kau tkde  supporters yg ramai, mcm mne kau nk maju dlm industri ni?? kalau lah kau boleh minta maaf balik, mungkin ia akan memulihkan keadaan.

To bloggers,tayah lah korg penat lagi amik peduli.Biarkan dia sorg2 hahahaa.

Dah tkthu nak ckp ape.Nk tulis pasal dia ni pon sbnrnya bosan. hahahahahha bye

Cousin day out

Okay harini klua dgn my cousins.Had a good day with them.Start klua rumah pukul 6.15pm,dh lah hujan,redah jela.naik kereta pon bukan jalan kaki kan so tkde hal lah haha. Sampai je sana,terus prgi book's fair.Most of the books semua in chinese actually.Books fair ni pon tulis 'The largest Chinese book store' kan,so ktorg just pergi lah satu bahagian in BM.We bought 2 novels.After this gonna continue to read.haha


So lepas tu,pergi mines,makan,and then terus ke book store,sebelah reject shop tu.haha Okay gambar atas ni saje je mengejek,yelah org tk pakai tudung berminat untuk membaca tentang gaya tudung.WOW! maybe Nana akan memakai tudung akan dtg?hahahah Okay so bla3.Kitorg jalan2,makan buah and after that masuk balik books fair. HAAA ADE CERITA KAT BOOKS FAIR NI. ni dia cerita nye

Bermula apabila kami terhenti di salah satu kedai yang menjual barang2 untuk membuat kad seperti glitter,glu,alat2 untuk cop sprti bentuk love,bunga and mcm2 lagi.

wataknya:
1)Penjual
2)Fify (me)
3)Intan (My sister)
4)Nana (Cousin)
5)Nurul (Cousin)

**
Penjual: Interest nak tgk demo?
Fify: Yeah sure

dan penjual tu pun amik lah sekeping kad kosong, dan mengambil cop2 yg pelbagai bentuk tu,dan dia memulakan creativity nya.Kami hanya memerhatikan dengan wajah yg terpegun dan suara yang klua hanya "WOW","UISH","FUYOO"

Intan : So harga dia berapa yang ni? (Sambil memegang benda yang cop2 tu.)
Penjual : Harganya ialah RM49.90 tapi ade promotion today,kami jual RM39.90
Intan : Oh,kalau nak beli barang2 ni semua,bape?
Fify : *Okay,banyak pulak duit dia ni nk beli semua, benda cop2 yg mcm budk2 ni pon RM39.90 KOT!!*berkata di dalam hati.
Penjual : Oh,kami ade jual set punya,ada set besar,set kecik, yang besar ni RM350,yang kecil RM150.Biasanya yang kecil ni budak2 kecil beli.Barang2nya pon tk banyak
Intan : Kalau bayar pakai debit card boleh? 
Penjual : Oh sebentar ya, saya pergi periksa.

Penjual tu pun gerak lah ke counter, and aku,nana,nurul mcm diam jelah.Mungkin mereka memikirkan apa yang aku sedang fikir.RM350 INTAN!! and benda ni mcm mainan budak2 sahaja kot.Intan pulak sebok membelek2 benda alah ni dgn wajah yang tak sabar.

Intan : Aku nk buat kad cantik2 lah.Takde lah membazir buat kat luar.Buat sendiri lagi senang.
Fify: *Ha tulah,kau beli,aku pun boleh guna skali*

Penjual tu pun datang.

Penjual : Guna debit card ya? ha boleh.
Intan : Ha okaylah,saya nak ambil set yang besar ni. (Sambil membelek2 barang2 set besar yg ada di tepi) yang ni macam mana nak guna? (membawa keluar satu alat yang taktahu nak terangkan haha)
Penjual : Baiklah,saya akan tunjukkan satu persatu semua benda2 ni.

Dan penjual tu pun buat lah macam2.Hampir semua alat yang ada dlm set besar tu ditunjukkan.Kami hanya memerhati dengan rasa terpegun.Mengambil masa juga nak tengok semua.

Penjual : Jadi confirm nak set yang besar ya?
Intan : A'ah
Penjua : Tapi alat yang cop2 ni,awak boleh pilih bentuk apa yang awak suka lah,sila ke bahagian di sebelah sana, pilih 2 jenis bentuk yang awak suka.

Kami pun melangkah ke satu meja yang terdapat banyak gilaaaa alat2 cop tu.Intan pun memilih lah mana yang dia suka. Tapi dia suka ade 3 bentuk.So dia plan nak beli yang 1 ni lah, sebab dalam set besar hanya di beri 2 cop sahaja. Jadi dia nak beli asing lah cop yang satu lagi ni.Penjual itu sudah pun siap sedia memegang set besar itu untuk dibungkus.

Intan : Tadi dia kata cop ni satu berapa ? aku lupa.aku nak beli lah yang satu ni.
Fify : RM39.90
Intan : *diam sebentar*  yg set ni berapa? 
Fify : RM350.
Intan : Anis(my name),kau tahu tak,aku mati2 fikir RM 35!! Macam mana ni wey?!  
Nana : Lah,kau tak dengar ke intan? RM 350 lah.Aku dh terfikir dah tadi,banyak gila duit kau nk beli benda mcm ni.
Nurul :  *Hanya mendiamkan diri*
Fify : Tahu tkpe,aku fikir tadi kau dh dapat duit PTPTN kau,tu sbb kau boleh nk beli benda2 ni.Siap nak pakai debit card bagai.
Intan: Wey sumpah aku dengar dia kata RM35!! yelah,berbaloi lah barang banyak mcm ni jual RM35.Kalau dah sampai RM350,mana aku ade duit!!

Tiba2 penjual tu dh berdiri sebelah ktorg

Penjual : So dah pilih mahu yang mana? *sambil tanganya memegang set besar yang "mahu" di beli oleh intan.

Kami terdiam. Terfikir sejenak.Intan dh taktahu nk buat. dia nak lari. haha tapi dia kesian dgn org tu.Dia bisik kat aku "wey tolong aku".Haha dengan langkah yang pntas,aku buat2 nak pergi tempat lain diikuti dengan nana dan nurul. meninggalkan intan terkontang kanting keseorangan,Masa aku jalan keluar dari kedai tu,aku toleh,tngok intan dh mcm ape dah,nampak kalut,yg penjual tu pulak tunggu je sebelah dia,yelah duit nak masuk.haha tapi sebenarnya.....Dengan melihat kekalutan di dalam diri intan,aku pun patah lah balik.

Fify : Miss,kedai ni bukak sampai hari apa?
Penjual : Ahad.
Fify : Macam ni,kami datang esok atau lusa,sbb nak mintak izin mama dulu nk beli benda ni.Boleh kan?
Penjual : *Dengan muka yang tak ikhlas* hmm boleh.
Fify: Okay thanks

Segera aku beredar dari situ diikuti oleh intan.Akhirnya,terlepas juga.Haha kesian org tu,penat2 dia tunjuk demo semua, last2 tak jadi beli! haha tunggu lah kitorg esok ya! hahah kitaorg pasti "DATANG" hahaha

So nasihat disini,sebelum nak keluar beli barang,korek telinga dalam2,kasi jelas sikit pendengaran tu.Jangan sampai berlaku pada situasi di atas ni.hahahhhha

CHOWWWW!



I am so going there!!!




WOHOO!! SERIOUS TAK SABAR NAK PERGI!! OH YEAH OH YEAH.hehe. Nak pergi tengok tiga-tiga team skali.Tapi taktahu lah.haha InsyaAllah,im going to watch Arsena vs Malaysia, selagi ticket takde dlm tangan,i wont confirm it. =) hehe sabar fify sabar.You gonna watch it.You gonna meet fabregas,lampard,torres,drogba,lucas, and etc.heheheheheheh Korang pergi ke? kalau pergi, bgtaw leeerrrr haha.

for more information => http://www.ticketpro.com.my/jnp/sports/football/index.html