So lepas tu,pergi mines,makan,and then terus ke book store,sebelah reject shop tu.haha Okay gambar atas ni saje je mengejek,yelah org tk pakai tudung berminat untuk membaca tentang gaya tudung.WOW! maybe Nana akan memakai tudung akan dtg?hahahah Okay so bla3.Kitorg jalan2,makan buah and after that masuk balik books fair. HAAA ADE CERITA KAT BOOKS FAIR NI. ni dia cerita nye
Bermula apabila kami terhenti di salah satu kedai yang menjual barang2 untuk membuat kad seperti glitter,glu,alat2 untuk cop sprti bentuk love,bunga and mcm2 lagi.
wataknya:
1)Penjual
2)Fify (me)
3)Intan (My sister)
4)Nana (Cousin)
5)Nurul (Cousin)
**
Penjual: Interest nak tgk demo?
Fify: Yeah sure
dan penjual tu pun amik lah sekeping kad kosong, dan mengambil cop2 yg pelbagai bentuk tu,dan dia memulakan creativity nya.Kami hanya memerhatikan dengan wajah yg terpegun dan suara yang klua hanya "WOW","UISH","FUYOO"
Intan : So harga dia berapa yang ni? (Sambil memegang benda yang cop2 tu.)
Penjual : Harganya ialah RM49.90 tapi ade promotion today,kami jual RM39.90
Intan : Oh,kalau nak beli barang2 ni semua,bape?
Fify : *Okay,banyak pulak duit dia ni nk beli semua, benda cop2 yg mcm budk2 ni pon RM39.90 KOT!!*berkata di dalam hati.
Penjual : Oh,kami ade jual set punya,ada set besar,set kecik, yang besar ni RM350,yang kecil RM150.Biasanya yang kecil ni budak2 kecil beli.Barang2nya pon tk banyak
Intan : Kalau bayar pakai debit card boleh?
Penjual : Oh sebentar ya, saya pergi periksa.
Penjual tu pun gerak lah ke counter, and aku,nana,nurul mcm diam jelah.Mungkin mereka memikirkan apa yang aku sedang fikir.RM350 INTAN!! and benda ni mcm mainan budak2 sahaja kot.Intan pulak sebok membelek2 benda alah ni dgn wajah yang tak sabar.
Intan : Aku nk buat kad cantik2 lah.Takde lah membazir buat kat luar.Buat sendiri lagi senang.
Fify: *Ha tulah,kau beli,aku pun boleh guna skali*
Penjual tu pun datang.
Penjual : Guna debit card ya? ha boleh.
Intan : Ha okaylah,saya nak ambil set yang besar ni. (Sambil membelek2 barang2 set besar yg ada di tepi) yang ni macam mana nak guna? (membawa keluar satu alat yang taktahu nak terangkan haha)
Penjual : Baiklah,saya akan tunjukkan satu persatu semua benda2 ni.
Dan penjual tu pun buat lah macam2.Hampir semua alat yang ada dlm set besar tu ditunjukkan.Kami hanya memerhati dengan rasa terpegun.Mengambil masa juga nak tengok semua.
Penjual : Jadi confirm nak set yang besar ya?
Intan : A'ah
Penjua : Tapi alat yang cop2 ni,awak boleh pilih bentuk apa yang awak suka lah,sila ke bahagian di sebelah sana, pilih 2 jenis bentuk yang awak suka.
Kami pun melangkah ke satu meja yang terdapat banyak gilaaaa alat2 cop tu.Intan pun memilih lah mana yang dia suka. Tapi dia suka ade 3 bentuk.So dia plan nak beli yang 1 ni lah, sebab dalam set besar hanya di beri 2 cop sahaja. Jadi dia nak beli asing lah cop yang satu lagi ni.Penjual itu sudah pun siap sedia memegang set besar itu untuk dibungkus.
Intan : Tadi dia kata cop ni satu berapa ? aku lupa.aku nak beli lah yang satu ni.
Fify : RM39.90
Intan : *diam sebentar* yg set ni berapa?
Fify : RM350.
Intan : Anis(my name),kau tahu tak,aku mati2 fikir RM 35!! Macam mana ni wey?!
Nana : Lah,kau tak dengar ke intan? RM 350 lah.Aku dh terfikir dah tadi,banyak gila duit kau nk beli benda mcm ni.
Nurul : *Hanya mendiamkan diri*
Fify : Tahu tkpe,aku fikir tadi kau dh dapat duit PTPTN kau,tu sbb kau boleh nk beli benda2 ni.Siap nak pakai debit card bagai.
Intan: Wey sumpah aku dengar dia kata RM35!! yelah,berbaloi lah barang banyak mcm ni jual RM35.Kalau dah sampai RM350,mana aku ade duit!!
Tiba2 penjual tu dh berdiri sebelah ktorg
Penjual : So dah pilih mahu yang mana? *sambil tanganya memegang set besar yang "mahu" di beli oleh intan.
Kami terdiam. Terfikir sejenak.Intan dh taktahu nk buat. dia nak lari. haha tapi dia kesian dgn org tu.Dia bisik kat aku "wey tolong aku".Haha dengan langkah yang pntas,aku buat2 nak pergi tempat lain diikuti dengan nana dan nurul. meninggalkan intan terkontang kanting keseorangan,Masa aku jalan keluar dari kedai tu,aku toleh,tngok intan dh mcm ape dah,nampak kalut,yg penjual tu pulak tunggu je sebelah dia,yelah duit nak masuk.haha tapi sebenarnya.....Dengan melihat kekalutan di dalam diri intan,aku pun patah lah balik.
Fify : Miss,kedai ni bukak sampai hari apa?
Penjual : Ahad.
Fify : Macam ni,kami datang esok atau lusa,sbb nak mintak izin mama dulu nk beli benda ni.Boleh kan?
Penjual : *Dengan muka yang tak ikhlas* hmm boleh.
Fify: Okay thanks
Segera aku beredar dari situ diikuti oleh intan.Akhirnya,terlepas juga.Haha kesian org tu,penat2 dia tunjuk demo semua, last2 tak jadi beli! haha tunggu lah kitorg esok ya! hahah kitaorg pasti "DATANG" hahaha
So nasihat disini,sebelum nak keluar beli barang,korek telinga dalam2,kasi jelas sikit pendengaran tu.Jangan sampai berlaku pada situasi di atas ni.hahahhhha
CHOWWWW!