Berubah kerana..

Sebagai umat Islam, jangan takut untuk berubah kepada kebaikan.Mendekatkan diri kepada Allah adalah satu jalan yang paling mudah.Alhamdulillah,sekarang ni, dah ramai dh remaja perempuan memakai tudung.Tetapi, adakah dia berubah kerana Allah?

1.Jangan la berubah kerana disuruh atau mengikut kawan-kawan.
-Jangan la nak pakai tudung sebab boyfriend suruh, or sebab tengok kawan-kawan semua pakai tudung,kita pon nak pakai tudung SEBAB malu kita sorang je tak pakai tudung.TETAPI,sekiranya kita berhajat untuk memakai tudung,untuk menutup aurat kerana Allah,adalah satu perkara yang perlu diikuti.Niat itu adalah penting.

2.Memakai tudung kerana mengikuti fesyen-fesyen terkini
-Jangan la memakai tudung HANYA kerana nak ikut fesyen-fesyen terkini, kerana perkara itu tidak mendatangkan perbezaan.Mungkin kita hanya menutup aurat which is benda yang diwajibkan, bagus, tetapi kita hanya nak pakai tudung sbb nk ikut fesyen,then kita tidak memakai tudung sepenuh masa.Contoh kalau nak pergi kedai belakang ke, jumpa member ke, tk pakai tudung, maknanya kita takde beza pon dgn orang yang tk memakai tudung.

3.Aurat
-Aurat bukan hanya terletak pada rambut dan badan, tetapi kata-kata juga dikira aurat.Jangan la kita nak mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh dan sebagainya.Suara juga aurat yeee teman teman sekalian haha.

4.Sujud kepada Allah
-Solat 5 waktu itu wajib dilakukan oleh semua umat Islam. Jadi, tunaikanlah sebelum terlambat.Banyak kan berzikir, dan baca la surah Al-Ikhlas,An-Naas dan Al-Falaq tiap-tiap hari .Insya-Allah surah ini akan melindungi kita daripada hasutan syaitan. 

So,yeah, this is what we need as muslims. You know, dunia dah hampir ke penghujung tetapi  bila kita taktahu.Jangan sehingga pada suatu hari, apabila manusia melihat terbitnya matahari daripada ufuk barat, dan pada ketika itula manusia hendak beramal dan beriman, Allah tidak akan menerima iman seseorang itu tetapi Allah akan menerima amalannya yang sebelum.Jadi, sementara kita masih ade peluang untuk bertaubat ini, lakukan sebaik-baiknya. Amin =)