Grown up

Assalammualaikum..
Masa berjalan sekarang ni cepat dan tanpa disedari aku sudah pun mencecah umur 17 tahun which is tahun ini adalah tahun terakhir aku menjadi seorang pelajar sekolah menengah. Kenapa aku rasa sedih? hmm ntah lah..Aku sendiri taktahu tapi yang pasti aku akan rindu setiap perkara yang berlaku dan dalam masa aku tinggal lagi beberapa bulan di sekolah menengah ini, aku tidak akan mensia-sia kan peluang yang ada.

Mungkin korang semua ada yang tak sabar nak habis sekolah, SO DO ME, but jangan tipu lah kalau jauh dalam sudut hati korang yang korang sebenarnya rasa yang korang taknak tinggalkan zaman persekolahan.Pagi2 bangun pergi sekolah,jumpa member,belajar dalam kelas,gelak2,tidur dalam kelas,ponteng kelas,buat persembahan dekat sekolah,makan dalam kelas,and bla3.Tak rasa ke benda tu lah sebenarnya yang buat korang happy everyday? hmm ntah lah..

Banyak benda yang tak dapat aku lupakan.Sekarang, bila kita lihat diri kita dekat cermin, cepat sangat kita membesar and banyak sangat benda yang berubah dalam diri kita.Contohnya aku,dulu..hidup penuh dengan suka dan duka.Bab sosial tapayah nak sebut,aku memang suka enjoy,pergi party,overnight tepi jalan, melepak sana sini,tak selalu duduk rumah, tapi Alhamdulillah,sampai sekrang aku masih pandai menjaga diri, and still virgin okay,and Alhamdulillah lagi,aku tak pernah minum arak,amik drugs and all.

So sekarang,perubahan yang terbesar pernah aku lakukan ialah,aku dah mula memakai tudung dan Syukur sangat setakat ini semenjak aku mula memakai tudung, aku tidak meninggalkan perkara-perkara yang wajib bagi umat Islam. Dan sekarang,aku masih tak percaya yang aku dah ada lesen,boleh memandu dan sebagainya.Dulu,aku selalu berangan nak bawa kereta,bawa family dan kawan-kawan bersiar2.Kini impian dah pun tercapai..Alhamdulillah =)


Mungkin,pejam celik pejam celik, aku dah mendirikan rumah tangga dah =p hahaha dengan siapa? Itu semua kerja Allah.Siapa jodoh kita,Allah sahaja yang tahu.Aku tidak mencari cinta buat masa sekarang kerana masih memfocuskan diri dengan peperiksaan yang terbesar buat diri aku.Jadi bab2 jodoh ni aku hanya berserah pada-Nya.InsyaAllah aku boleh menerimanya dengan hati yang terbuka..Amin..Btw gambar di atas ni adalah adik angah =p curi kejap yee angah.haha Her name is Hany Melissa Ariana.So sweetttt!

Maybe aku ni terlalu ber-emosional malam ni tapi,aku hanya luahkan apa yang aku rasa.So thanksss sebab membazirkan masa membaca ayat2 aku yang panjang leborr ni haha.k bai

Assalammualaikum.