Bukan esok ye, 2 minggu lagi
Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatu.
Hello there readers =)
Okay so as you know,kita sekarang semakin hampir dengan bulan ramadhan which is tinggal lagi a couple of weeks so yeah, be prepared! You know what I mean by be prepared?
1) Cepat-cepat lah ganti puasa yang tertinggal. Jangan nanti dah berhutang and berganda-ganda fidyah kene bayar. Just like me -,- ni nak habis kan segala hutang lah nii.InsyaAllah by this year, nak habis kan puasa and bayar semua fidyah yg tertunggak.Kerana hukumnya adalah WAJIB dan berdosa besar lah jika seseorang umat itu tidak menggantikan puasanya.
2)Bulan puasa nanti,kurang-kurangkanlah mencarut.Dan janganlah anda bergaduh dengan family,friends and cousins and kucing,burung semua kerana di bulan mulia nanti,segala amalan kita akan TERUS sampai ke Allah,berbeza ya dengan solat 5 waktu.Solat 5 waktu ni ada tol-tol dia sebelum sampai kepada Allah.
3)JANGAN CURI MAKAN ketika di bulan puasa.Kerana jika anda berbuat demikian,bererti anda telah lulus dengan cemerlangnya daripada pengajaran syaitan.Umat Islam sudah mengetahui bahawa dibulan ramadhan ini segala jin,syaitan dan yang lain-lain telah diikat dan jika pada bulan ramadhan ini juga anda melakukan perbuatan-perbuatan yang dibenci Allah,maka anda telah lulus pengajaran daripada syaitan yang telah mengajar anda membuat perkara-perkara seperti ini sebelum bulan ramadhan.Jadi,jika anda rasa anda pengikut syaitan,then go ahead..
Antara yang tidak khusyuk,kadang-kadang aku pon sama =p
4)Solat terawih,lakukanlah ia selagi anda mampu, kerana terdapat banyak kelebihan solat terawih ini, contohnya:
*Hari pertama solat terawih
Akan diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
*Hari kedua solat terawih
Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman serta dosa kedua ibu-bapa mereka.
*Hari ke dua puluh tujuh solat terawih
Allah akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat (Titian sirat adalah titian yang terletak di atas api neraka jahanam untuk menuju ke syurga,jika seseorang itu beriman dan cukup amalan di dunia,maka lajulah perjalannya ke syurga,tetapi jika seseorang itu tidak beriman,maka akan terhumban lah ke dalam neraka jahanam.Ingatlah bahawa :sesungguhnya disebut dalam hadis mengenai sifat sirat yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan ia mempunyai tujuh sekatan dan setiap sekatan itu mengambil masa 3,000 tahun perjalanan.
continued lah baca di => http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/06/puasa-dan-kelebihan-solat-terawih/
5)Di bulan ramadhan,kerap-kerap lah melakukan amal ibadah.Bersedekah,menolong orang yang susah, menolong ibu masak di dapur,dan sebagainya. Janganlah masa bulan puasa kerja nak tidur dan membuta je.Lepas sahur je terus tidur, subuh dan segalanya di abaikan.Janganlah tidur selepas subuh kerana waktu itulah pintu rezeki di buka.Maka banyak-banyak lah berwirid selepas selesai menunaikan solat subuh.
Maka anda akan disayangi dan telah sempurna melakukan segala amalan dengan sempurna and akan akan dipandang mulia disisi Allah,InsyaAllah.Sama-sama lah kita bertaubat selagi kita mempunyai masa yang begitu singkat sekarang.Dunia sudah pun di akhir zaman, jangan lah kita menyesal dikemudian hari. Nauzubillah.
Assalammualaikum.